Dari Abu Dzarr r.a, ia berkata: “Kami pernah bersama Nabi SAW. Beliau tidak mengimami kami dalam mengerjakan shalat malam hingga tersisa tujuh malam dari bulan Ramdahan. Pada malam (ketujuh sebelum akhir bulan) tersebut, beliau mengimami kami hingga sepertiga malam. Pada malam berikutnya, beliau tidak mengimami kami. Beliau kembali mengimami kami pada malam ke lima (sebelum akhir bulan) hingga separuh malam berlalu. Kami berkata: ‘Ya Rasulullah, sekiranya engkau bersedia mengerjakan shalat sunnah ini bersama kami pada sisa-sisa malam kami”. Beliau bersabda: “Sesungguhnya barangsiapa mengerjakan shalat malam bersama imam hingga selesai maka ia dicatat telah mengerjakan shalat selama semalam penuh.” (Hr Ashaabus Sunan dengan sanad Shahih)

“Dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah tidak pernah menambah shalatnya pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan yang lain dari sebelas rakaat” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah tidak pernah menambah (rakaat shalatnya) pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan yang lain dari sebelas rakaat; beliau shalat empat rakaat, jangan engkau tanya tentang bagus dan panjangnya; kemudia beliau shalat empat rakaat (lagi), jangan engkau tanya tentang bagus dan panjangnya, sesudah itu beliau shalat tiga (rakaat).” (HR Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah r.a. ia berkata: ’Nabi SAW mengerjakan (shalat malam) sebelas rakaat selepas shalat Isya’ hingga fajar. Beliau melakukan salam pada setiap dua rakaat dan berwitir dengan satu rakaat.” (HR Al-Jamaah kecuali at-Tirmidzi)